Sabtu, 23 Disember 2017

Pena Kembali Menari...

Assalamualaikum... buat warga blogger, pengunjung dan sesiapa saja yang sudi bertandang ke 'Laman Sherry Abadiey'...

Sememangnya telah sekian lama saya tidak berkongsi karya dan aktif di blog ini. Ini adalah kerana saya agak sibuk dengan urusan peribadi dan kerja, yang mengekang dari saya untuk terus berkarya serta berkongsi ilham dan rasa di blog ini.

Bagi yang pernah mengunjungi blog saya, saya ucapkan terima kasih atas kesudian anda. Bagi yang tertunggu-tunggu karya dan perkongsian ilmu dari saya, juga saya ucapkan terima kasih. Jika sudi, teruslah mengikuti dan menyokong blog saya yang tidak seberapa ini.

Saya cuba untuk mengaktifkan kembali blog ini dengan kembali berkarya selagi mana saya masih dianugerahkan ilham untuk terus menulis dan menulis. Sudilah sekiranya anda terus membaca dan membaca. Semoga segala yang saya kongsikan di sini memberikan manfaat dalam kehidupan kita dan doa saya buat anda, semoga segala yang baik-baik berlaku dalam hidup anda dan yang terbaik menjadi milik anda.

Sempena bakal terlabuhnya tirai 2017 dan digantikan dengan jendela 2018, saya juga mengharapkan agar segala yang tidak baik, yang mengecewakan, yang menyedihkan dan apa saja yang negative, bakal tamat dengan berakhirnya tahun 2017 dan digantikan dengan semua yang lebih indah dan lebih baik untuk tahun 2018 yang akan datang. Semoga apa yang diimpikan menjadi kenyataan, yang didoakan bakal dimakbulkan dan yang dicita-citakan akan kesampaian. Semoga selamat, dirahmati dan diberkati semuanya. Amiiinnn...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan